Pages

Thursday, 23 June 2011

Ingat - Ingatlah Kawan

Assalamualaikum,

Sebenarnya aku terpanggil nak buat entry ni lepas baca post dari Ijatto (Kawan baik masa sekolah woo). Eh, perlu tak bagitau camtu? Errrr.. Tak pa la, lagipun tujuan aku murni, nak marketkan Ijatto ni.hahahaha


*Penulis yang dimaksudkan


Pesanan beliau :


" kpd kamu2 smua...nsht aku utk entry kali ni... kalau kite keje bagus ke, gaji tggi ke, anak dato ke, blaja kat jepun ke , ada keta mahal ke... jgn la sesekali riak, bangga, ujub, takabur dan sbg... tambah2 bile ade fb smua bnda nk tulis... kene ingt kdg2 ade kwn kurg naseb baek bile bace korg punye status tuh maybe die kecik hati ke...so xyah la nk bngga2 sgt... Tuhan senang je bg kite rezki dan Dia juge senang juge nk tarik blk...."


Tersangatlah benar apa yang dingomongkan pelajar jurusan kejuteraan dari Jepun (???) ini. Kadang- kadang bila kita gembira, kita lupa ada mereka yang bersedih di kalangan kita. Ya benar, ucapkan kesyukuran atas segala nikmat pemberian Allah S.W.T. 

*Syukur


Tapi...
Bagi saya, tak perlulah kita war-warkan ke seluruh dunia melalui facebook, twitter mahupun friendster yang sudah basi itu. Tak terfikirkah anda ada antara kawan-kawan anda yang tak bernasib baik? Takhtala kita sedang bergembira, ada ramai lagi yang bersedih.


Tak faham?
Contohnya:
Status facebook Sulaiman : 

"Besnyer, akhirnye dpt jugak panggilan dari ??>*&^% untuk jd ":%#@!! mari bergembira! tq uolllsss!! I'm the happiest man on Earth!"


Sedar tak sedar, ada insan-insan seperti Siti, Ahmad Dani, Johnny Dek, dan Jeniper Anistoon yang tidak mendapat apa yang dikecapi Sulaiman. Walaupun hakikatnya mereka semua
'satu kapal'
dengan Sulaiman. Belajar dulu sama-sama, grad sama-sama...



* Mungkinkah ini terjadi?
Tidak terfikirkah anda apa perasaan mereka? Terguriskah mereka? Lunturkah semangat mereka? Mampukah mereka bangkit semula lepas kecewa??

*Alternatif??


Aalhamdulillah jika sekadar bersyukur.
  Tapi tidakkah anda mengguris perasaan orang yg kurang bernasib baik dalam komen anda yang mendapat ratusan response itu?
Malangnya response datang dari orang yang berjaya, dan dibaca pula oleh yang kurang berjaya..hm..



Mungkin bagi sesetengah orang,
"takde maknenye!

Ape la lu bising Sapek oi.."


Ceh! Saya tak bising pun, sebab tulis blog tak pakai suara. Takkan bunyi keyboard bising kot?

Cuma pesanan saya, ingat-ingatlah kawan. Igatlah kawan-kawan kita yang hampir sehidup semati waktu di sekolah, di U dulu. Susah senang sama-sama, jaga perasan mereka. Memang da natijah manusia, mudah terasa dan kecik ati.Tapi tak salah kalau kita ambil serius dengan benda sekecil ini.

*Kenangan di U


Mungkin semuanya berlaku tanpa kita sedar. Oleh itu, ingat-ingatlah kawanku, ingat perasaan orang lain.
Sebagai penutup, layan lagu Sahabat Selamanya dari Padi
(ade Upin Ipin doww) Mesti Mahu!!





Sekian terima kaseyyyyyy!!!!




P/s:
1.Saya sentiasa mendoakan kejayaan rakan seperjuangan di U dulu.Sebak fikirkan rakan-rakan yang kurang bernasib baik. Peluang anda akan datang. Itu sudah pasti kalau ada usahanya. :D
2. Peringatan: Ni entry bahasa rojak
3. Lagi satu, Lebih baik ingat seseorang atas segala jasa baiknya daripada perangai buruknya.










0 comments:

Post a Comment