Pages

Sunday, 4 December 2011

Across 3 State Half Marathon Run 2011 : Report

Assalamualaikum..

Menemui pembacaku yg seciput. Saya selaku pemuda berumur 24 tahun telah berjaya menamatkan half marathon saya yang pertama. Alhamdulillah. Setelah berkecimpung dalam 10K kini saya cuba melebarkan sayap ke acara 21K dengan niat ingin mencuba.


Alkisah al-jebonnya, saya tertarik dengan dengan acara ini setelah dijanjikan saya akan berpeluang merentas 3 negeri sekaligus dalam usaha mendapatkan pingat yang seketul. Inilah sebab utama kenapa saya memberanikan diri menyertai acara ini. walaupun dalam hati ku tertanya-tanya, mampukan aku? apakah makanan kegemaranku? 


Seperti yang dijanjikan kami memang berlari merentas Pulau Pinang, Perak dan jugak Kedah. Pengalaman yang amat menarik untuk dikongsi. Wow! Saya berasa sangat teruja takhtala merentasi Sg. Kerian. Kami bermula di Nibong Tebal ke Transkrian dan seterusnya ke Parit Buntar. Selepas itu dengan kaki yang sepasang saya meneruskan perjalanan ke Bandar Baharu (Kedah) dan Bandar Baharu (Perak) sebelum terus berlari dengan penuh lemah gemalai ke garisan penamat di Nibong Tebal.




Waduh-waduh.. sewaktu digarisan permulaan, saya duduk di barisan terakhir untuk berlari-lari anak,memanaskan badan. Tanpa diduga, perlumbaan telah dimulakan. Dengan pengalaman sebesar gigi kuman, saya bermula dengan baik. Berlari pada pace perlahan. Saya berasa sangat rileks sepanjang larian kerana ditemani iPod saya yang suka memekak. Selain itu saya juga berasa rileks kerana kebanyakkan pelari semuanya berlari pada pace yang boleh saya ikuti. Tak macam 10K, mereka lari macam 400m. Siapalah aku untuk mengikuti jejak langkah mereka.


Walaubagaimanapun, hatiku tersentap sebaik mencecah 6k kerana ada seorang African (ish,ada jugak) yang telah menuju ke arah sebaliknya a.k.a dia dah on the way balik ke garisan penamat. Hancur luluh hati pelari-pelari tempatan. Kami hanya mampu buat muka ketat menandakan keseriusan kami untuk menamatkan larian.




Aku berjaya memastikan langkahku maintain seperti sebelumnya. Bila sampai drinking station, aku perlahankan langkah, minum 100 Plus.Oleh sebab ianya percuma,aku ambil 2 cawan di setiap station. Ketika itu perutku semakin maju kedepan tidak seiringan dengan kaki yang semakin berat dan terkebelakang. Tiada sebarang masalah serius sehingglah sampai km 15. Aku tak larat,tak tipu (tipu berdosa) , memang tak larat. 


Dalam 5km yang terakhir langkahku semakin perlahan dan pendek. Kaki terasa berat walaupun hakikatkan kaki ku umpana lidi penyapu. Tambahan pula hujan telah turun dengan jayanya hinggakan iPod aku bercakap dalam bahasa yang aku kurang pasti. Demam barangkali iPod itu. Aku masih tidak berputus asa kerana aku mahu mencapai matlamat yang satu iaitu menamat perlumbaan half marathon pertama aku. Selain itu juga,aku tak mau berenti berlari. Aku nak tamatkan perlumbaan tanpa perlu berjalan. Akhirnya aku berjaya!


Oleh sebab aku tengok jam berpandukan matahari,aku tidak mempunyai jam digital. Lalu apek disebelahku memberitahu bahawa aku telah mendapat catatan masa sebanyak 2 jam 39 minit. Selepas ambil pingat, aku berjalan, berkampung tepi lori Vico dan 100 Plus. Nikmatnya. Selepas tu makan buah tembikai dan ais krim. Syahdunya pagi itu. 


Secara keseluruhannya, aku berpuas hati dengan cara ini. Bayaran Rm 20 amat berbaloi. Memang tiada cenderahati tapi makanan dan minuman mencukupi ditambah pula dengan cabutan bertuah. Selain itu, dapat vest juga, pingat dan sijil lagi. Memang sempoi. Dan semakin hari aku semakin sayangkan Faas aku.Ahax! Tahniah buat penganjur. Bersama ini saya sertakan gambar yang sebenar buat tatapan nurani anda. Diharap anda berpuas hati.




P/s: Nak join lagi!



Source of picture :     

http://us.123rf.com/400wm/400/400/flashon/flashon1110/flashon111000119/10918857-healthy-young-african-american-running-in-treadmill-isolated-on-white-background.jpg

http://images.bizrate.com/resize?sq=500&uid=1539555173

http://forums.ivillage.com/t5/image/serverpage/image-id/9709iE3A61C88191AD7D7/image-size/large?v=mpbl-1&px=600

http://www2.mpsp.gov.my:34980/image/image_gallery?uuid=647eff1c-6b7a-4723-8405-f9722a54f489&groupId=10124&t=1233195979468

http://2.bp.blogspot.com/-4nlRQniAT0E/Tp9e1Kes9lI/AAAAAAAAaXI/FlIiXOmmoDA/s410/g.JPG

http://1.bp.blogspot.com/_YUBgVak0m38/Sq0Q1EehMSI/AAAAAAAAA4k/2bSowAOfGh8/s400/01700+-+Nibong+Tebal+Signboard.jpg

 


1 comments:

aharis said...

Salam. Tawon ni NTCRC x buat. Mgkn tawon depan. Fuh! 1st Half tanpa jalan... hati liat tuh!

Post a Comment